Penyerapan GSTT Adalah Pemilihan dan Pengambilan Yang Telus
Tumpang gembira dengan rakan-rakan 'guru kontrak'. Akhirnya mereka mendapat khabar yang menyenangkan hati. Baiklah, cuma ingin memberi pandangan. Dewasa ini telah banyak berita yang melibatkan guru seperti kes belasah dan bunuh pelajar, guru merogol, guru mengedar dadah dan guru samseng.
Bagi mengelakkan kesilapan pengambilan, GSTT yang akan diserap ke jawatan tetap perlu mendapat kenyataan sokongan daripada ketua pentadbiran sekolah dengan menyatakan prestasi dan karakter sepanjang bertugas dalam tempoh tertentu. Seterusnya yang terpilih wajar diberikan kursus profesional seperti yang sedia maklum.
"Mereka telah dikenali terlebih dahulu sebelum diserap tetap". Almaklum, langkah penyerapan ini adalah lebih telus berbanding pengambilan guru berdasarkan ujian dan temuduga. Amat sukar untuk mengenalpasti seorang manusia jujur atau licik sehingga kita kenali lebih lama.
Petugas kontrak akan menunjukkan keihlasan semasa bertugas andai kata mereka jujur, manakala yang licik akan menunjukkan ragamnya. Hanya dengan taraf kontrak secara mudah petugas negatif boleh dilucutkan. Berbanding petugas tetap, sudah melakukan kes baru boleh dikenakan tindakan atas sebab 'prosedur'. Entri disingkatkan, orang kata lebih baik mencegah daripada mengubati bukan?
Walaubagaimanapun ini sebagai langkah kedua kerana perlu juga memberi laluan kepada golongan berhak seperti langkah pengambilan yang utama sekarang. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan