Khamis, 8 Disember 2011

Hari Yang Malang, Jiwaku Kesakitan

Sesekali langit cerah akan mendung. Pasti cerah semula


 Kita merancang, Tuhan yang menentukan. Aku jarang nak cuai tapi semalam wallet dah tercicir. Memanglah dah buruk sejak tahun 2003 lagi. Wang tak kisah berbanding semua kenangan yang ada di dalam tu.


Nampaknya lepas ni kena banyak berurusan lagi. Semua kad chip dan lesen ada dalam tu. 

 Sebab dah celaru, aku dah senaraikan perkara yang perlu dibuat bila wallet hilang (nak sedapkan hati):
1. Buat laporan polis dengan menyediakan salinan mykad dan 2 keping gambar passport.
2. Nyah aktif dan blok semua kad chip yang hilang dan permohonan kad chip baru.
3. Buat Mykad baru dengan bukti laporan kehilangan dan denda sebanyak RM200 ke atas untuk kali kedua.
4. Mengurus lesen memandu dekat JPJ, aku masih tak pasti tentang lesen hilang. Nak setel macam mana?
5. Pasrah saja untuk wang dan item yang jadi kenangan kerana semua tu tak boleh nak dapat semula.
6. Gambar yang ada, berdoalah agar tiada apa perkara tak baik berlaku.

Aku sedih tapi nak buat macam mana. Dah bukan rezeki. Allah sedang menguji aku. Aku percaya ada hikmah disebalik kejadian, mungkin sebelum ini aku terlalu sombong kerana jarang meminta kepadaNya, mungkin juga ujian tahap keimananku kepadaNya. Aku kena Redha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan